KOS kenaikan caj umrah di negara ini berlaku disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) dan cukai nilai tambah yang dikenakan oleh Arab Saudi.
Perkara berkenaan dinyatakan oleh Ketua Pegawai Jualan EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd, Shahrul Izuan Shafie.
Menurut Shahrul Izuan, pihaknya hanya mengenakan kadar kenaikan sehingga 30 peratus sahaja berbanding caj terdahulu sebelum penularan pandemik Covid-19 berlaku.
"Memang ada kenaikan kos sebab Arab Saudi mengenakan caj-caj tertentu tapi tidaklah sampai sekali ganda, tidak capai RM10,000.
"Kami di EMRAZ menawarkan pakej umrah bermula RM6,990 hingga RM8,490. Caj itu meningkat disebabkan ada peraturan baharu dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti SOP bilik hotel dan pengangkutan.
"Arab Saudi hanya membenarkan dua orang jemaah dalam satu bilik hotel manakala 25 orang sahaja dibenarkan menaiki bas. SOP tersebut sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos harga umrah," jelasnya ketika dihubungi Majoriti pada Sabtu.
Tambah Shahrul Izuan, ketika diminta mengulas tentang prosedur pemulangan wang semula kepada para jemaah yang tertangguh perjalanannya ketika musim pandemik sejak tahun lalu, beliau memaklumkan segala proses dibuat mengikut peraturan dalam Akta Industri Pelancongan 1992.
"Kami bayar secara berperingkat kerana wang deposit sudah dibayar kepada pihak hotel dan syarikat penerbangan untuk setahun. Syukur para jemaah memahami kami tidak boleh membayar secara lumpsum kepada mereka.
"Bagaimanapun, terdapat seramai 3,000 jemaah masih setia bersama EMRAZ. Kami sudah membuat penjadualan semula bermula Januari 2022 namun mereka tidak boleh menggunakan pakej umrah terdahulu, perlu guna pakej baharu disebabkan kos kenaikan ditetapkan oleh Arab Saudi," kata beliau lagi.
Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan umrah bermula Isnin ini selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara. — Majoriti