UMAT Islam melakukan tawaf di Kaabah sewaktu musim Haji pada 22 Julai lalu. — AFP
ARAB Saudi mengumumkan hanya individu yang sudah lengkap menerima suntikan vaksinasi diluluskan oleh negara berkenaan, dibenarkan untuk menunaikan umrah serta melawat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Menurut Kementerian Haji dan Umrah, mereka yang dikecualikan daripada menerima vaksin melalui aplikasi Tawakkalna juga dibenarkan untuk mengunjungi dua masjid suci berkenaan.
Peraturan baharu itu berkuatkuasa pada Ahad dan dilaksanakan sebagai langkah untuk menyekat penularan wabak Covid-19.
Tambah kementerian tersebut, mereka yang sudah membuat tempahan dan memiliki permit untuk mengerjakan umrah atau melawat dua masjid suci itu serta tidak lengkap vaksinasi perlu mengambil suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam.
Sebanyak lebih 43.1 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan oleh Arab Saudi setakat ini.
Terdapat empat vaksin yang diluluskan penggunaannya di Arab Saudi iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan mereka yang menerima suntikan vaksin Sinopharm atau Sinovac turut akan diterima dengan syarat perlu mendapatkan dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi. — Agensi