UMPAMA tongkang pecah. Itu adalah perumpamaan yang sesuai digunakan bagi sebuah rumah baru yang dahulunya terjaga kemas dan bersih, namun keadaan berubah apabila disewakan kepada dua orang wanita.
Perkara itu dikongsikan oleh Suhaila Sujak menerusi laman Facebooknya yang terkejut dan kecewa, apabila mendapati rumah yang disewakannya tidak terjaga, kotor, bersepah, malah berbau busuk sehingga tular di media sosial pada Sabtu.
Suhaila berkata, meskipun kedua-dua penyewa itu hanya menyewa bilik tidur namun, dia turut menyediakan beberapa jenis perabot seperti peti ais, seterika, mesin basuh dan dapur.
Keadaan lantai yang kotor dengan sampah yang tidak dibersihkan. — Facebook
“Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita jenguk begini juga rupa dia. Kita tahan hati sental bilik air, dapur, bilik basuh bagi peluang.
“Dekat 10 bulan terjadi lagi macam ini. Buka pintu je, bau tahi kucing mencucuk-cucuk hidung. Tandas tak lalu nak ambil gambar, rasa nak termuntah. ALLAH,” tulisnya.
Keadaan ruang tamu yang bersepah. — Facebook
Seterika dan barangan lain yang bersepah di lantai. — Facebook
Hantaran itu mendapat lebih 4,500 perkongsian daripada netizen dan rata-ratanya memberi emoji sedih dan terkejut.
Malah, ada yang memberi komen untuk mengusir keluar penyewa-penyewa berkenaan dan ada yang jijik melihat gambar-gambar yang dikongsikan olehnya.
Keadaan ruang tamu yang bersepah. — Facebook
Ini termasuk gambar mangkuk dan alatan dapur yang tidak dibasuh selain peti ais, singki dan dapur yang kotor.
Selain itu, Suhaila turut berkongsi gambar sampah yang bersepah di lantai serta peralatan elektrik seperti seterika yang tidak diletak di tempat sepatutnya.
Keadaan peti ais yang kotor. — Facebook
Dapur yang kotor dan menjijikkan. — Facebook
Mesin basuh pecah yang turut mengundang kecaman netizen. — Facebook
Namun, lokasi tempat kejadian dan maklumat lebih lanjut mengenai penyewa tidak dapat dipastikan. — Majoriti