Satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia - PM


  • Primer
  • Jumaat, 15 Okt 2021

ISMAIL menyifatkan penyenaraian Malaysia Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024 merupakan pencapaian yang hebat.

KEJAYAAN Malaysia mengisi satu daripada 183 kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) penggal 2022-2024 membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyenaraian ini menjadi satu pencapaian yang cukup hebat kepada Malaysia.

"Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia," katanya menerusi ciapan di Facebook.

Rentetan itu, Malaysia akan terus bergerak secara lebih aktif dalam menjadi negara yang sentiasa membantu atau pun pemudah cara untuk rundingan damai dan pembina konsesus.

Selain itu, Ismail Sabri juga menegaskan yang Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB bagi memajukan agenda hak asasi manusia global seperti yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

"Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan," katanya. — Majoriti

ismail sabri, pbb, hak asasi manusia