SEBUAH kuil berusia 130 tahun di Kuil Kek Lok Si di Air Hitam, dekat Georgetown, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran pada pagi Selasa.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Muhamad Norhisyam Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 pagi.
Sejurus tiba di lokasi, katanya, pihak bomba mendapati bahawa salah sebuah kuil di puncak bukit Jalan Balik Pulau-Kampung Pisang, Air Itam itu telah terbakar.
"Kebakaran melibatkan sebuah tokong di atas bukit dan dianggarkan 70 peratus daripada struktur bangunan kuil itu musnah. Kerja pengawalan dan pemadaman api masih dilakukan," katanya.
Namun, katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian tersebut manakala punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
Tambahnya, BBP Jalan Perak dan Pasukan Bomba Sukarela turut membantu operasi pemadaman.
Kuil Kek Lok Si adalah salah sebuah kuil Buddha terbesar di Malaysia dan menjadi produk pelancongan ikonik di negeri ini.
Seluruh kompleks kuil itu dibina bermula pada 1890 hingga 1930. — Sinar Harian