'Bagi signal pun malas'


  • Tular
  • Selasa, 12 Okt 2021

SIKAP pemandu yang suka 'pancung lorong' pada saat-saat akhir sememangnya membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Dalam satu klip video yang tular di Facebook, sebuah kereta jenis Peugeot yang bertindak demikian akhirnya mengundang padah selepas melanggar sebuah motosikal di lorong kiri jalan raya.

Kejadian berhampiran Bagan, Pulau Pinang itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum ia tular di laman Facebook pada Isnin.

Berdasarkan klip video berdurasi 22 saat itu kelihatan penunggang motosikal dihimpit kereta terbabit sebelum motosikalnya bergesel pada bahagian belakang kenderaan itu lalu terbalik.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengutuk tindakan pemandu kereta berkenaan yang memandu secara melulu hingga berlaku kemalangan.

"Nak masuk simpang kiri, guna lorong kiri. Menyusahkan orang sahaja. Harap tarik lesen memandu kereta ini," kata Adib Zakaria.

2e0e0851-43e0-40e9-aded-a46bdff710fc

TANGKAP layar komen netizen terhadap kejadian kemalangan membabitkan kereta dan motosikal itu.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ismail Ahmad yang menyifatkan masih ada warga Malaysia yang memandu kenderaan dengan tidak memahami undang-undang jalan raya.

"Kereta mahal-mahal tapi petik (bagi) signal pun malas. Tukar lorong macam jalan tu dia seorang saja bayar cukai jalan," kata Mahat Ayie.

Pada masa sama, netizen turut mendoakan agar penunggang motosikal itu selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

“Kasihannya pada (penunggang) motosikal tu, dah elok dia bawa motor. Harap tiada yang serius," tulis Intan Azlina. — Majoriti

Kemalangan, KKM, Facebook, Video Tular