AYOB Khan bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor pada Ahad. — Bernama
POLIS Johor mengambil keterangan seorang wanita didakwa ‘Datuk Seri’ dan seorang peguam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen surat aku janji, bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing dengan menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya ketika ini sedang mengesan tiga lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam siasatan terbabit untuk diambil keterangan.
"Kita sudah ambil keterangan dua individu setakat ini dan sedang memerika dokumen-dokumen serta akaun yang terlibat dalam kes ini.
"Orang ramai jangan terpengaruh dengan komen dalam media sosial yang bermacam-macam dakwaan berkaitan kes ini. Biar polis menjalankan siasatan yang lengkap dan selesai ambil keterangan, kalau cukup bukti kita akan dakwa,” jelasnya pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes berkenaan pada Ahad.
Ketika ditanya sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur politik, Ayob Khan berkata, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu.
Pada Jumaat, Ayob Khan memaklumkan siasatan berhubung kes berkenaan dijalankan susulan laporan polis yang diterima pihaknya daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada 7 Oktober lalu.
Ujar beliau, laporan tersebut menyatakan wanita tempatan mendakwa menerima mandat daripada Tunku Ismail untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang AS$200 bilion (RM835.6 bilion) sehingga AS$5 trilion (RM20.9 trilion) kepada Ringgit Malaysia manakala peguam terbabit pula merupakan proksi berkaitan dokumen berkenaan. — Bernama