Fenomena lawan arus kini seakan wabak merbahaya


  • Tular
  • Jumaat, 17 Sep 2021

TANGKAP layar menunjukkan kejadian memandu lawan arus di Alam Impian, Shah Alam.

ISU memandu melawan arus seakan menjadi ‘wabak’ di negara ini apabila banyak kejadian sama berlaku dan turut tular di laman medis sosial.

Ia juga seolah-olah fenomena dan terbaharu, insiden sama sekali lagi berlaku dan kali ini dikatakan terjadi di Alam Impian, Shah Alam.

Menerusi video yang dimuat naik page Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia, kenderaan yang melawan arus dikatakan dipandu oleh warga emas.

“Apa Cerita ni, dekat Alam Impian. Wrong way, wrong way.

“Kita tengok.. selamba dia wrong way,” memetik suara individu yang merakam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi rakaman itu, menerusi video itu tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tidak dapat dipastikan apa punca sebenar pemandu terbabit memandu di laluan bertentangan.

Sebelum ini, dua remaja berusia 18 dan 19 tahun dilaporkan meninggal selepas kenderaan dinaiki terlanggar pacuan empat rodak yang melawan arus di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap pemain pacuan emapt roda berusia 24 tahun itu didapati positif dadah jenis ganja.

Dalam kejadian lain, seorang pemandu Perodua Myvi yang dikesan memandu secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada 4 September lalu dihukum penjara tiga hari dan denda RM8,000.

Pemandu yang juga ejen insurans berusia 24 tahun itu dihukum mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas mengaku bersalah memandu secara melulu dan berbahaya.

Dua hari lalu, polis turut menahan seorang lelaki disyaki memandu secara lawan arus di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) dan hasil ujian dipercayai lelaki 36 tahun itu berada di bawah pengaruh alkohol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

lawan arus, shah alam, tular