Wanita cemas terkena gangguan seksual penghantar makanan


  • Tular
  • Rabu, 06 Okt 2021

LAPORAN polis dibuat Hazie yang dikongsi di laman Twitter. —Twitter

SEORANG wanita melalui detik cemas apabila terkena gangguan seksual oleh penghantar makanan GrabFood di hadapan pejabatnya di Taman Mutiara Subang, dekat Subang, Selangor pada Isnin.

Melalui perkongsian laporan polis yang dibuat di laman Twitter, pengguna dikenali Nurhazieyah atau Hazie itu berkata, ketika dia ingin mengambil pesanan kek di tempat duduk pemandu kereta Perodua Bezza, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dan sengaja mengeluarkan kemaluannya.

“Tiba-tiba lelaki itu menarik pergelangan tangan kiri beberapa kali dan saya sempat menarik tangan saya, dan saya terus masuk ke dalam pejabat saya,” katanya.

Katanya, pesanan itu dibuat kepada seorang penghantar makanan dengan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

template (40)

Maklumat pemandu GrabFood yang dikongsikan Hazie supaya orang ramai tidak mengalami perkara sama. —Twitter

Bimbang mengenai perkara itu, Hazie berkata, gangguan berkenaan bukanlah kali pertama dilaluinya namun kejadian itu disifatkan sebagai melampau.

“Selalu baca tweet atau news (berita) orang je yang kena but today (tetapi hari ini) I sendiri yang kena.

The reason why I buat police report (Sebab saya buat laporan polis) supaya orang lain takkan rasa apa yang I rasa.

Right now (Sekarang ni) semua benda nak berteman,” katanya.

Belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

penghantar makanan, gangguan, Twitter