Lagi 2.4 peratus untuk capai 90 peratus vaksinasi dewasa


  • Primer
  • Isnin, 04 Okt 2021

ORANG ramai menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin KLCC.

SERAMAI 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat Ahad.

Perkembangan terbaru itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa kini tinggal kira-kira 2.4 peratus.

Mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia di portal COVIDNOW, seramai 94.3 peratus atau 22,081,548 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, berdasarkan data

Setakat semalam juga, seramai 108,826 atau 3.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 206,574 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 96,024 dos pertama dan 110,550 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 44,352,079 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, 14 kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad dengan satu daripada jumlah itu membabitkan kematian di luar hospital (BID) menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 26,683. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram