Melaka tumbang! Idris Haron, tiga ADUN umum tarik sokongan


  • Politik
  • Isnin, 04 Okt 2021

IDRIS Haron

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi wakil rakyat negeri Melaka pada Isnin mengumumkan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Tiga lagi ADUN yang turut bersama Idris adalah ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan (Umno), ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad (Bersatu), serta ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas).

Idris berkata, Nor Azman dan dirinya sedia menghadapi sebarang tindakan tatatertib dari kepimpinan parti atas tindakan tersebut.

Dengan penarikan sokongan tersebut, kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional dilihat sudah tumbang.

Pada Mac tahun lalu, Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri berikutan tindakan empat ADUN Pakatan Harapan melompat parti.

Keempat-empat ADUN tersebut adalah ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad — kedua-duanya dari Bersatu — ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis (yang dahulunya PKR, kini Umno) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee (dahulunya DAP, kini Bebas).

Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan Perikatan Nasional ketika ini memegang 17 kerusi.

Mohd Rafiq, yang juga ketua Perikatan Nasional Melaka, telah menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan Sulaiman, dan menambah bahawa beliau akan terus menyokong Menteri Besar itu. — The Star

Berita selanjutnya menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram