'Rakyat perlu kekal patuh SOP'


  • Primer
  • Ahad, 03 Okt 2021

MUHYIDDIN turut menyeru orang ramai supaya terus berusaha untuk kembali ke kehidupan norma baharu dengan yakin dan berani. — The Star

ORANG ramai perlu mengambil iktibar dari negara-negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi tetapi bilangan kes positif masih terus meningkat, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Ahad.

Menurut beliau, hal ini berikutan virus Covid-19 kini berada dalam komuniti.

"Walaupun Malaysia ketika ini semakin menghampiri 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi, rakyat perlu berhati-hati dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Setiap daripada kita harus mengambil langkah yang proaktif dalam melakukan penilaian risiko kendiri," katanya.

Tambah Muhyiddin lagi, beliau yakin kerajaan juga akan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memantau dan mengawal risiko penularan virus ini di sektor-sektor yang dilonggarkan.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menyeru orang ramai supaya terus berusaha untuk kembali ke ke kehidupan norma baharu dengan yakin dan berani.

"Pencapaian yang kita kecapi ketika ini merupakan berkat usaha dan perancangan kerajaan yang begitu agresif meningkatkan kadar vaksinasi sejak Mei lalu secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan positif itu.

"Ingat, semakin ramai yang menerima vaksinasi lengkap, semakin ramai yang terlindung dari dijangkiti dengan teruk oleh virus Covid-19," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Muhyiddin, Covid-19, vaksin, MPN