Kes Covid-19 terus menurun, 8,075 kes dicatat pada Isnin


  • Primer
  • Isnin, 04 Okt 2021

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus mengalami penurunan sejak beberapa hari lepas.

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus mengalami penurunan selepas mencatatkan sebanyak 8,075 kes pada Isnin.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,285,640 kes setakat ini.

Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,189 kes diikuti Kelantan (1,021), Pulau Pinang (853), Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636) dan Kedah (628).

Manakala Perak pula mencatatkan sebanyak 548 kes, disusuli Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (2).

Dalam pada itu, jumlah penggunaan katil Covid-19 ialah 56 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 peratus katil bukan ICU. — Majoriti

Berita menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram