BORHANUDDIN akan disiasat mengikut Sekyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
BEBERAPA laporan polis telah dibuat dari seluruh negara terhadap bekas Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim susulan kenyataan berbaur perkauman kepada pemain badminton negara, S Kisona, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Menteri Dalam Negeri itu berkata polis akan melakukan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Siasatan juga akan dibuat mengikut Sekyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. Saya rasa amat dukacita apabila seorang pemimpin bercakap mengenai perkauman. Isu perkauman ini banyak berlaku, termasuk kes ini.
"Kadangkala seseorang terlalu mengikut emosi hingga mengeluarkan kenyataan yang tidak elok,” katanya.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, di peringkat parti tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Borhanuddin setelah beliau meletak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Borhanuddin sudah minta maaf dan letak jawatan...jadi saya nasihatkan pada yang lain supaya jangan melakukan perkara seperti ini. Salah tetap salah...saya rasa dia dah faham. Kita tidak suka (pada kenyataan perkauman) tetapi ia telah pun terjadi,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram