MALAYSIA telah memulakan rundingan untuk mendapatkan ubat baharu untuk merawat pesakit Covid-19, kata Khairy Jamaluddin.
"Ketika kita beralih ke kehidupan dengan Covid-19, kita akan menambah pilihan rawatan baharu dan inovatif sebagai senjata kita selain vaksin.
"Saya sudah mulai berunding untuk Malaysia bagi mendapatkan ubat-ubatan berkesan yang telah melalui ujian klinikal," kata Menteri Kesihatan itu dalam ciapan Twitter beliau pada Sabtu.
Menerusi ciapan itu, Khairy juga melampirkan pautan ke artikel mengenai ubat dari Merck & Co, yang didakwa berkesan sebagai ubat melawan Covid-19 termasuk varian Delta yang dominan dan sangat mudah ditularkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram