Ramai kagum ketua polis bantu urus jenazah hingga liang lahad


  • Tular
  • Sabtu, 25 Sep 2021

ARWAH Mashidi sering bercerita mengenai keprihatinan ketuanya itu kepada isterinya. — Agensi

TINDAKAN keprihatinan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang turun ke liang lahad meembantu menguruskan jenazah mengundang rasa kagum warga netizen.

Nik Ezanee yang turun ke liang lahad lengkap dengan uniform membantu menguruskan jenzah anak buahnya, Sarjan Mejar Mashidi Husian.

Mashidi meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada Isnin.

Ramai yang terkejut dengan tindakan pegawai itu termasuk isteri kepada arwah.

Balu kepada Mashidi, dia tidak menyangka bahawa ketua polis berkenaan sanggup turun ke liang lahad.

"Suami saya menghidap penyakit buah pinggang sejak 19 tahun lalu, dia juga sering bercerita mengenai keprihatinan ketuanya itu kepada saya.

"Saya terharu dengan keprihatinan dia(Nik Ezanee) turun ke liang lahad malah adik beradik arwah juga terkejut dengan tindakan tersebut," katanya.

Kisah tersebut turut dikongsi menerusi hantaran di laman sosial Facebook milik Irfan Fahmi.

Hantaran tersebut mendapat lebih 1,000 tanda suka daripada warga netizen.

Rata-rata mereka mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan menzahirkan rasa kagum dengan tindakan Nik Ezanee.

Warga netizen turut mendokan kesejahteraan ketua polis itu.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram