TULAR di media sosial sejak Sabtu tentang lawatan mengejut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Hospital Kajang.
Berdasarkan perkongsian yang tular di laman media sosial, Khairy dilihat berpakaian santai ketika mengadakan lawatan berkenaan dan meluangkan masa kira-kira sejam di hospital berkenaan.
Menurut seorang pegawai Khairy seperti dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, lawatan terbabit memang tidak dirancang dan menteri tersebut kebetulan ada kelapangan mahu bertemu sendiri petugas kesihatan bagi mendapatkan gambaran sebenar mereka yang bekerja di lapangan.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji langkah Khairy yang serius mengambil berat tentang masalah dihadapi oleh barisan hadapan negara.
Ujar seorang pengguna Facebook, Faridah Farmaan, dia mengharapkan agar Khairy boleh membawa perubahan kepada Malaysia.
Antara komen netizen yang memuji tindakan Khairy. — Facebook Niaga Kini
Menurut seorang lagi pengguna Facebook, Sani Jiwa Dendang, dia mengharapkan menteri-menteri lain turut mengikut langkah sama dilakukan oleh Khairy.
"Harap, menteri-menteri lain buat lawatan mengejut macam ini. Baru boleh tahu, apa yang kurang dan boleh diperbaiki dan terus berbakti kepada rakyat. Semoga dengan keikhlasan berbakti ini, dapat pahala syurga di hari abadi nanti," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram