'Selesaikan isu pencemaran Sungai Slim'


  • Massa
  • Rabu, 22 Sep 2021

PROJEK hidroelektrik dipercayai menjadi punca pencemaran Sungai Slim. — Agensi

KERAJAAN Negeri Perak digesa mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani pencemaran Sungai Slim, di Slim River, yang dipercayai berpunca daripada projek pembangunan hidroelektrik kecil.

Aktivis dan Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli Ramesh Arumugam Chettiar mendakwa pencemaran yang berlaku sejak projek itu siap kira-kira dua tahun lepas, ia bukan sahaja menyukarkan kehidupan seharian penduduk Orang Asli sekitar kawasan berkenaan, malah dipercayai turut mengancam kesihatan mereka.

Beliau mendakwa banyak kesalahan yang dilakukan pengendali projek itu di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli, terutamanya di Sungai Slim yang menyaksikan pencemaran sungai yang amat serius berlaku.

"Projek ini memang dibantah oleh penduduk Orang Asli sebelum ini dan pernah dihentikan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), tetapi disambung semula apabila bertukar kerajaan (Pakatan Harapan)," katanya.

Sementara itu seorang wakil penduduk dari Kampung Gesau di sini, Gaharai Kadir mendakwa ramai penduduk Orang Asli kawasan itu jatuh sakit disebabkan pencemaran air sungai berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram