Bekalan air di Selangor, Putrajaya pulih Isnin


  • Primer
  • Sabtu, 04 Sep 2021

SEORANG penduduk Taman Bukit Serdang mengangkut air yang disediakan syarikat Pengurusan Air Selangor. — The Star

MASALAH gangguan bekalan air di 463 kawasan di Selangor dan Putrajaya dijangka akan pulih sepenuhnya Isnin ini.

Gangguan itu membabitkan 172 kawasan di Petaling, 54 di Hulu Langat, 23 di Putrajaya dan 20 di Kuala Langat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata, LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi.

"Bekalan air bagi kawasan terjejas akan mula disalurkan secara berperingkat mulai 6 petang hari ini. Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas dan premis-premis kritikal sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Gangguan itu berlaku ekoran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas buat sementara selepas berlaku pencemaran bau.

Dalam masa sama, Elina menjelaskan pihaknya sentiasa memahami situasi dialami pengguna dan kini sedang berusaha untuk meminimumkan kesan kepada pengguna terjejas.

Orang ramai boleh mendapatkan laporan terkini mengenai gangguan bekalan air menerusi akaun media sosial rasmi Air Selangor iaitu Twitter, Facebook dan Instagram dan laman web www.airselangor.com atau hubungi pusat panggilan 15300. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram