SEORANG pengguna media sosial terkejut apabila mendakwa keropok segera atau ‘jajan’ yang dibelikan untuk anaknya didapati tidak halal.
Video berkenaan dikongsikan akaun Facebook bernama Adam Wong Jr. dalam group INFO Bencana Pahang & Luar Pahang namun tidak dapat dipastikan siapa pemilik asal dan di mana kejadian sebenar.
Pemerhatian video berkenaan menunjukkan ia dihasilkan pengguna TikTok bernama @queenranggi.
Menerusi video itu, wanita yang menceritakan semula insiden dilaluinya menjelaskan salah satu daripada jajan yang dibeli untuk anaknya mengandungi bahan diperbuat daripada babi.
“Aku beli dua keropok brand Lay’s, duduk (diletakkan) sebelah-sebelah. Yang (anak) perempuan meragam dan bapa dia tolong bukakan.
“Tetapi dia pelik kenapa ada pelekat potato chips dan bila tengok kat belakang tidak ada tanda halal.
“Bila google dan ini yang dijumpai. Lay’s Max BBQ Pork,” rujuk penerangan dalam video berkenaan.
Apa yang lebih membingungkan adalah tindakan pasaraya berkenaan meletakkan makanan itu secara bersebelahan tanpa mengasingkan yang mana hala dan tidak halal.
“Tolong alert bagi anak makan. Tidak faham kenapa Jusco letak keropok bersebelahan. Kalau anak aku tak meragam tadi, anak aku dah makan. Siapa nak bertanggungjawab?
“Aku orang Islam. Hati-hati beli keropok dan pastikan tengok halal kat belakang,” katanya. – Facebook
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram