Guna logo parti untuk PRU-15 perlu rundingan


  • Politik
  • Khamis, 16 Sep 2021

ANWAR menghormati pandangan akar umbi yang menggesa pimpinan agar Pakatan Harapan (PH) berhubung penggunaan logo PKR.— The Star

PERTIKAIAN penggunaan logo parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diselesaikan secara rundingan, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, pihaknya menghormati pandangan akar umbi yang menggesa pimpinan agar Pakatan Harapan (PH) berhubung penggunaan logo PKR.

"Ada pihak dalam PKR mencadangkan agar PH menggunakan logo parti tersebut, malah ada juga sesetengah pihak yang mahu menggunakan logo PH.

“Jadi, biarlah kita berunding dengan cara baik untuk mendapat penyelesaian yang baik kerana ada hujah-hujah kuat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar secara hibrid di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.

Tambahnya beliau juga faham dalam konteks PH, ada gesaan daripada teman-teman supaya menggunakan logo PH.

Terdahulu, PKR di seluruh cabang Wilayah Persekutuan menggesa PH menggunakan logo dan bendera parti itu pada PRU15 yang akan datang.

Perkara itu dinyatakan 26 Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Wilayah Persekutuan yang mewakili 40,873 anggota PKR seluruh Wilayah pada 7 September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Anwar Ibrahim, PKP, PH, PRU15, parti, logo