RANG undang-undang antilompat parti wajar dibentangkan di Dewan Rakyat dengan secepat mungkin, gesa Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said.
Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu, berkata akta itu perlu diwujudkan dengan segera kerana amalan parti bukan saja tidak adil kepada rakyat, tetapi juga terhadap parti politik yang telah berbelanja besar bagi perolehan data dan hal-hal lain ketika PRU.
“Tak semestinya yang lompat tu sebab dia (ahli parlimen) nak lompat, tapi kadang-kadang sebab kena paksa, sebab kena pecat. Macam orang bercerai.. sebab itu dalam Islam bila cerai, ada masa idah lepas gugur talak.
"Jadi berkenaan RUU pemecatan ahli parlimen ini, biarlah referendum dibuat kepada rakyat untuk tentukan wakil rakyat yang lompat itu diganti atau tidak.
“Saya minta tolong perdana menteri dan Santubong (menteri bertanggungjawab soal undang-undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar) untuk beri laluan fast track kepada RUU saya untuk didebatkan dan diambil alih oleh kerajaan sebagai asas kepada Akta Antilompat Parti dan Pemecataan Ahli Parlimen 2021," katanya ketika perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Azalina berkata undang-undang itu akan menjadikan Parlimen Malaysia lebih berwibawa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram