MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober kelak.
Menurut beliau, kehadiran murid ke sekolah adalah 50% daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.
"Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara secara Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bersemuka dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang bergilir setiap minggu.
"Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas," katanya dalam sidang media khas hari ini.
Tambah Radzi, bagi negeri yang berada di Fasa 1 PPN, sekolah tidak akan dibuka dan murid akan meneruskan PDPR.
Sementara itu, ujar beliau lagi, murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN hadir tanpa penggiliran.
Radzi juga memaklumkan sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.
"Perlanjutan sesi persekolahan bertujuan memastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.
"Bagi murid tahun satu 2022, mereka akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram