Kaji turunkan harga kit Covid-19 menjelang Disember -Tengku Zafrul


  • Primer
  • Khamis, 09 Sep 2021

SEBELUM ini kerajaan telah menetapkan harga siling runcit bagi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 dijual pada harga RM19.90 setiap set manakala RM16 setiap set untuk harga borong. — BERNAMA

KERAJAAN sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga Kit Ujian Kendiri Covid-19 menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan ia mudah diakses oleh semua orang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kesihatan sedang meneliti perkara itu.

"Bagi memperluas usaha pengujian, Kementerian Kesihatan telah mengiktiraf RTK Antigen dan meluluskan beberapa Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang boleh dibeli di farmasi di seluruh negara.

"Selain itu, untuk menjadikan Kit Ujian Kendiri boleh diakses semua orang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kesihatan telah menetapkan harga siling kit ujian ini bawah RM20,” katanya dalam ucapan khas semasa Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya pada Khamis.

Kerajaan telah menetapkan harga siling runcit bagi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 dijual pada harga RM19.90 setiap set manakala RM16 setiap set untuk harga borong, berkuat kuasa 5 September. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram