Kelonggaran SOP aktiviti sukan negeri Fasa 1


  • Primer
  • Rabu, 08 Sep 2021

ISMAIL Sabri memaklumkan langkah itu dibuat selepas mengadakan penilaian risiko dengan KKM dan MKN. — Agensi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 akan dilonggarkan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan pada Rabu, keputusan berkenaan dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta berkuatkuasa pada 10 September.

Antara ketetapan yang diputuskan adalah membenarkan aktiviti sukan indoor kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap dua dos vaksin.

"Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin.

"Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP," ujar Ismail Sabri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri, SOP, sukan, Fasa 1, KKM, MKN