Rempuh lima kenderaan, pemandu lori direman


  • 112
  • Selasa, 07 Sep 2021

SARIFUDIN berkata, pemandu lori itu direman empat hari bermula hari ini. — Majoriti

PEMANDU lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di ibu negara pada Isnin kini direman empat hari, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh.

Beliau berkata, reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu bermula Selasa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Isnin, pemandu lori yang positif dadah itu ditahan selepas kenderaan dipandunya merempuh dua kereta Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL pada jam 2.40 petang.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu Perodua Myvi berusia 45 tahun turut terperangkap dalam keretanya dan berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan lanjut di zon hijau Hospital Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram