Khamis ini penentu buat pelajar sekolah


  • Primer
  • Selasa, 07 Sep 2021

KHAIRY menjelaskan keputusan untuk vaksinkan pelajar sekolah ditentukan Khamis ini. — The Star
PERSOALAN pemberian vaksin Covid-19 kepada pelajar sekolah belum dapat diputuskan dan dijangka dimuktamadkan Khamis ini, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu berkata keputusan itu hanya akan dibuat dalam mesyuarat penyelarasan sebelum dimuktamadkan.

Menurutnya, sebaik keputusan mengenai perkara berkenaan dibuat pada mesyuarat itu, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

Katanya, selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, mesyuarat itu juga akan membincangkan cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran COVID-19.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau program outreach suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk di Pulau Larapan, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sesi persekolahan secara bersemuka tetap akan dilaksanakan 3 Oktober ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kj, vaksin, covid