'Tidak perlu lagi pertikai pelantikan PM'


  • Primer
  • Selasa, 07 Sep 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar menegaskan, keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi..— Bernama

PELANTIKAN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengikut lunas undang-undang berdasarkan peruntukan Perlembagan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar.

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap kepemimpinan Ismail Sabri Yaakob, di Parlimen bagi menentukan keabsahan pelantikannya.

Beliau berkata, berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi kerana lantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan.

"Perkara ini (usul undi percaya) tidak sesuai dilakukan kerana Perdana Menteri baharu sahaja mengambil alih jawatan berkenaan," katanya semasa satu sidang media pada Selasa.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang telah dibentuk, baru-baru ini.

Jelasnya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan Kerajaan yang dibuat sebelum ini adalah mengikut lunas undang-undang.

Menurut beliau, ketelitian proses pemilihan dijalankan Al-Sultan Abdullah memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram