Muhyiddin ketuai Majlis Pemulihan Negara


  • Primer
  • Sabtu, 04 Sep 2021

PELANTIKAN Muhyiddin atas sebab kemampuannya menerajui strategi pemulihan negara bagi mencapai impak ekonomi terbaik. — Bernama

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya Rabu lepas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri berkata, pelantikan itu dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Pelantikan itu telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MPN, Muhyiddin Yassin, KSN, Zuki Ali