"Ingat WFH ni duduk buat kerja office je ke?"


  • Tular
  • Sabtu, 04 Sep 2021

NETIZEN berbalah kesukaran bekerja dari rumah berbanding golongan penghantar barangan dan makanan. — Agensi

PELAKSANAAN arahan bekerja dari rumah atau work from home (WFH) adalah satu keperluan yang dituntut oleh kerajaan terutamanya ketika mendepani pandemik Covid-19.

Bagaimanapun wujud perbalahan antara netizen apabila ada yang membandingkan mereka yang bekerja dari rumah tidak berdepan rasa letih atau penat berbanding golongan penghantar barangan dan makanan.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @miraeruns meluahkan rasa marahnya terhadap mereka yang mengecam golongan WFH dalam satu ciapan pada Khamis lalu.

"Aku paling benci orang yang kata WFH tak layak mengaku penat lepas tu suruh compare dengan kerja rider 8 jam atas motor. Excuse me, rider keje atas motor penat fizikal, aku kerja WFH penat otak. Dua-dua sama je penat cuma tak sama puncanya. Bila nak habis bengap tu ya?

"Orang WFH bila malam dan weekend pun ada kena buat kerja. Rider kalau dah balik, ada ke boss Foodpanda call suruh hantar makanan lagi? Takde kan? bodoh tu simpan sikit, jangan tunjuk sangat," ujarnya.



Ciapan Mirae dikongsi lebih 16,000 kali dan lebih 23,000 tanda suka.

Tambahnya lagi, mereka yang bekerja dari rumah juga perlu membuat kerja-kerja lain seperti memasak, menyapu rumah, membuang sampah dan sebagainya.

"Lepas tu kau ingat WFH ni duduk buat kerja office je ke? tak masak? tak sapu rumah? tak buang sampah? tak basuh pinggan? tak cuci toilet? so kena pergi office baru layak dapat title "penat kerja"? kalau ada maid takpelah, aku ni kuli sendirian berhad," tegasnya.

Ketika artikel ini ditulis, kicauan itu menerima 16,900 retweet dan 23,200 likes.

Kicauan terbabit turut menerima reaksi netizen yang berkongsi situasi sama dihadapi oleh mereka.

Menurut seorang pengguna Twitter, @AfilSyazwan, bekerja dari rumah bukanlah seindah yang disangka.

"Seminggu pertama memang seronok sebab tak payah masuk office. Sebulan selepas tu mungkin okay lagi. Kalau dah setahun, kau rasa okay tak? Kalau okay, takkanlah ramai orang yang WFH jumpa psychiatrist dan kaunselor?" katanya.

Perkara sama turut dikongsi oleh pengguna @Cee_eu.

"I get nightmares ye kadang-kadang kalau tau banyak kerja nak kena siap the next day. Tidur tak nyenyak sebab dok fikir nak on balik laptop and sambung buat kerja.

"Anyway, other jobs have their pains too I'm sure. I'm not comparing, but this is the reality of WFH,' jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Twitter, WFH, rider, Mirae