'Usul saya singkir Speaker ditolak Timbalan Speaker'


  • Politik
  • Khamis, 02 Sep 2021

FAHMI Fadzil mengulas tentang usulnya ditolak Timbalan Speaker Dewan Rakyat. — The Star

USUL untuk mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan rakyat yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan perkara itu melalui Twitternya pada Khamis dengan berkongsikan sepucuk surat daripada Rashid yang menolak usul berkenaan

“Usul saya untuk menyingkirkan Azhar telah ditolak oleh Rashid.

"Kedua-dua surat tersebut diemel kepada saya oleh kerani Dewan Rakyat pada 30 Ogos 2021,” ciapnya pada Khamis.

Screenshot 2021-09-02 at 10.40.51 PM

Fahmi mendedahkan kedua-dua surat tersebut diemel kepadanya pada 30 Ogos 2021. — Twitter

Surat pertama bertarikh 23 Ogos 2021 adalah dari Azhar sendiri yang menyatakan bahawa beliau telah menolak dirinya daripada membuat sebarang keputusan kerana usul tersebut ada kaitan dengan dirinya.

Surat kedua, yang ditandatangani oleh Rashid bertarikh 25 Ogos 2021, menyatakan bahawa usul Fahmi ditolak kerana "tidak teratur menurut Peraturan Mesyuarat 4(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat" serta "tidak didahului oleh pemberitahu di bawah Peraturan Mesyuarat 27".

Terdahulu, Azhar dilaporkan menafikan laporan media yang menyatakan beliau menolak 15 usul agar mengosongkan jawatannya.

Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mahu membuat keputusan berkenaan semua usul tersebut atas dasar 'conflict of interest'. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram