Angka kes harian Covid-19 kembali menurun, catat 18,762 kes


  • Primer
  • Rabu, 01 Sep 2021

Angka harian Covid-19 hari ini adalah sebanyak 18,762 kes. — Bernama

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 di negara hari ini menurun dengan 18,762 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara sebanyak 1,765,016 kes.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,711 kes, diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993) dan Kedah (1,585).

Sementara itu Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media berkata, negara mencatatkan 278 kes kematian, 65 daripadanya melibatkan kes BID atau Brought in death.

Kes aktif dalam negara kini adalah sebanyak 254,274 kes, 1,007 pesakit kita ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi dan 464 kes memerlukan bantuan penafasan.

Menurut Khairy lagi, setakat ini 4,773 kluster telah dikesan dalam negara, 1,494 daripadanya masih aktif dengan hanya 42 daripadanya merupakan kluster terbaru.

Pada Selasa, negara merekodkan 20,897 kes harian Covid-19.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Covid-19, kes harian, Noor Hisham, KKM