PM tidak hadir majlis angkat sumpah


  • Primer
  • Isnin, 30 Ogos 2021

ISMAIL Sabri akan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan secara maya esok. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani kuarantin kendiri bermula pada Isnin, setelah disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan, memaklumkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Istiadat itu berlangsung pada pukul 2.30 petang ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Selasa, secara maya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram