Lajim Ukin meninggal dunia angkara Covid-19


  • Primer
  • Ahad, 29 Ogos 2021

DATUK Seri Lajim Ukin meninggal dunia disebabkan Covid-19. — Sinar Harian

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin, disahkan meninggal dunia pada pukul 6.23 pagi Ahad.

Menurut Sinar Harian, berita kematian Lajim itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong.

"Ya benar, beliau telah meninggal pada pukul 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital.

"Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu dilaporkan ditidurkan selepas keadaan kesihatannya dikatakan merosot akibat dijangkiti virus Covid-19.

Sepanjang ditidurkan, keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu dilaporkan stabil namun masih bergantung dengan bantuan pernafasan. Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Lajim Ukim, bersatu, covid-19