Petugas KKM meninggal dunia selepas sebulan bertarung dengan virus Covid-19


  • Massa
  • Ahad, 29 Ogos 2021

SHAKIERA Zulkifli dari CKAPS KKM meninggal dunia selepas sebulan bertarung dengan virus Covid-19. — Facebook/CKAPS

SEORANG kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia akibat Covid-19.

Mangsa, Shakiera Zulkifli dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM meninggal dunia selepas sebulan bertarung akibat dijangkiti virus tersebut.

Berita tersebut dikongsikan CKAPS menerusi Facebook rasminya.

"Semoga Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang muqarrabin.

"Takziah kepada keluarga beliau," katanya.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

covid19, mati, staff kkm, petugas kesihatan, CKAPS