Diperdaya scammer, mangsa rugi lebih RM11,000


  • 112
  • Jumaat, 27 Ogos 2021

MENURUT Wazir, sindiket berkenaan memperdaya mangsa dengan memintanya untuk membuat pembayaran kos penginapan. β€” Sinar HarianA.


SEBUAH panggilan berhubung pembayaran kos penginapan tempat kerja menyebabkan adik kepada seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerugian lebih RM11,000, semalam.

Pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya selepas menyedari yang ia merupakan sebuah sindiket penipuan.

Menurut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof , pengadu yang berusia 24 tahun menerima panggilan daripada adiknya yang berusia 22 tahun pada Khamis lalu.

"Adik pengadu meminta wang untuk membayar kos penginapan tempat kerja selepas diminta berbuat demikian oleh pengurusnya di Kuala Lumpur.

"Mangsa membantu adiknya itu dengan membuat bayaran dengan jumlah keseluruhan RM6,847 melalui sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki yang diberikan adiknya itu," katanya.

Tambahnya lagi, pada petang hari sama, adik pengadu menghubungi ibunya pula untuk meminta wang tambahan bagi tujuan sama.

Ibu kepada pengadu kemudian ke bank dan memindahkan wang ke akaun sama berjumlah RM4,336 kira-kira pada 5 petang pada hari sama.

Jelas Wazir lagi, pengadu menyedari bahawa panggilan berkenaan merupakan sebuah satu sindiket penipuan pada keesokan harinya selepas dimaklumkan oleh adiknya.

"Susulan kejadian, pengadu membuat laporan polis di Balai Bolis Mentakab pada Khamis.

β€œKes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. β€” Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

JSJK, Pahang, Wazir, Macau Scam