Kerjasama PM-PH tangani Covid-19


  • Primer
  • Khamis, 26 Ogos 2021

ISMAIL Sabri (tiga dari kiri) mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan pada Rabu. —THE STAR

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) bersepakat untuk berkerjasama dalam menangani wabak Covid-19.

Selepas pertemuan selama satu jam di Pejabat Perdana Menteri, satu kenyataan bersama dikeluarkan dan ditandatangani oleh Ismail Sabri, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Pertemuan ini tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

“Persetujuan bersama dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Kami juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu.

Di bawah adalah kenyataan penuh. —The Star

12689521268953

Kenyataan bersama dikeluarkan antara Perdana Menteri dan pemimpin Pakatan Harapan.



Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram