Harga telur stabil, bermula 36 sen sebutir


  • Primer
  • Rabu, 25 Ogos 2021

PENGGUNA disaran membuat pembelian bijak untuk mendapat harga telur yang lebih jimat. — SINAR HARIAN

PURATA harga telur ayam kekal pada kedudukan stabil dengan harga semasa dengan telur gred A dijual pada harga RM0.44, RM0.40 (gred B) dan RM0.36 (gred C) sejak Isnin lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan pada Rabu turut berkongsi hasil berdasarkan pemantauan dan analisis yang dilakukan di peringkat pengeluar dan pemborong.

Berdasarkan laporan itu, harga jualan telur ayam gred A adalah pada harga antara RM0.37 hingga RM0.38 sebiji.

Maklumat yang diperoleh menerusi Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) itu juga mendedahkan bahawa telur Gred B dijual pada harga RM0.34 hingga RM0.38 manakala untuk Gred C pula ia berada pada tanda harga RM0.33 hingga RM0.37 sebiji.

Jelas kenyataan itu lagi, sehingga Julai 2021, meskipun harga telur berada dalam keadaan stabil, masih terdapat peniaga yang menjual keperluan asas itu pada harga yang lebih rendah daripada harga kos.

Dalam pada itu, orang ramai juga disarankan supaya membuat pembelian bijak untuk mendapat harga telur yang lebih jimat.

Ini berikutan, harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding yang dijual dalam kuantiti 10 biji. — SINAR HARIAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

telur, harga, stabil