[VIDEO] Tak sampai 3 jam gencatan senjata, IDF arah serangan berskala besar ke Iran


  • Benua
  • Selasa, 24 Jun 2025

Israel mendakwa Iran melancarkan serangan misil, sekali gus melanggar gencatan senjata. — Agensi

ISRAEL dilapor akan melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Iran selepas mendakwa Teheran melanggar perjanjian gencatan senjata yang baru dipersetujui kedua-dua pihak.

Laporan Reuters menyebut, Menteri Pertahanan Israel Katz mengarahkan pihak tentera bertindak balas selepas mendakwa mengesan misil yang dilancar dari Iran ke arah kawasan penjajahan rejim.

Arahan itu dikelularkan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan gencatan senjata antara Iran dan Israel berkuat kuasa serta-merta.

BACA LAGI: [VIDEO] Iran nafi dakwaan Trump, masih tak bersetuju gencatan senjata bersama Israel selepas serangan di Qatar

BACA LAGI: [VIDEO] Teknik serangan misil Iran kelirukan sistem pertahanan musuh

Katz berkata, pihak tentera akan menjalankan operasi besar-besaran terhadap beberapa sasaran penting di Teheran.

Bagaimanapun Iran menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC) mengumumkan Republik Islam itu mengambil keputusan menghentikan perang terhadap Israel dan sekutunya.

Ini kerana Iran sudah memberikan tindak balas yang memalukan dan menjadi teladan terhadap pencerobohan musuh.

Dalam satu kenyataan, SNSC berkata, kemuncak tindak balas Iran termasuk serangan peluru berpandu ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar serta serangan subuh terhadap Israel.

“Musuh telah dimalukan dan terpaksa menerima kekalahan serta penghentian terhadap pencerobohan mereka," menurut kenyataan itu.

SNSC turut memberi amaran bahawa pasukan bersenjata Iran kekal dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia untuk memberikan tindak balas tegas jika terdapat sebarang pelanggaran gencatakan senjata oleh pihak musuh.

Sementara itu, Reuters melaporkan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani memainkan peranan penting dalam memujuk Iran menyokong rancangan gencatan senjata.

 

Di Washington, Naib Presiden, JD Vance, Setiausaha Negara, Marco Rubio dan wakil khas, Steve Witkoff dilaporkan berhubung langsung dan tidak langsung dengan pihak Iran.

Malah White House menyatakan, Israel komited dengan gencatan senjata selagi tiada serangan dari Iran namun suasana di rantau itu masih tegang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram