
PENTADBIRAN Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan sekatan perjalanan beberapa warganegara ke Amerika Syarikat (AS).
Berdasarkan memo yang dikongsikan, sebanyak 41 negara yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berasingan.
Kumpulan pertama terdiri daripada 10 negara iaitu Afghanistan, Iran, Syria, Cuba dan Korea Utara yang akan dikenakan penggantungan visa penuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori 23 tahun bawa kontena senget di Lebuhraya ELITE boleh didenda sehingga RM2,000
BACA LAGI: 'Kami suka kalian bahagia, cuma kita kena utamakan perintah agama'
Pengumuman itu disampaikan dari Pentadbiran Presiden Donald Trump. — Agensi
Manakala, kumpulan kedua adalah Eritrea, Haiti, Laos, Myanmar dan Sudan Selatan.
Lima negara itu akan dikenakan penggantungan separa yang akan menjejaskan visa pelancong dan pelajar serta visa imigresen lain dengan beberapa pengecualian.
Untuk kumpulan ketiga pula, sejumlah 26 negara termasuk Belarus, Pakistan dan Turkmenistan akan dipertimbangkan untuk penggantungan sebahagian pengeluaran visa AS jika kerajaan mereka gagal menangani kelemahan dalam tempoh 60 hari.
Pada masa sama, seorang pegawai AS tanpa mendedahkan identitinya berkata, senarai tersebut berkemungkinan berubah dan belum mendapat kelulusan akhir daripada pentadbiran termasuk Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.
Bagaimanapun, setakat ini, nama Malaysia tidak termasuk dalam senarai negara tersebut.
Tindakan itu sekali gus mengingatkan kembali kepada larangan pengga pertama Trump ke atas pelancong dari tujuh negara majoriti Islam, dasar yang melalui beberapa lelaran sebelum ia dikekalkan oleh Mahkamah Agung pada 2018.
Trump juga mengeluarkan perintah eksekutif pada 20 Januari yang memerlukan pemeriksaan keselamatan ketat terhadap mana-mana warga asing yang ingin masuk ke AS bagi mengesan ancaman negara.
Perintah itu mengarahkan beberapa anggota kabinet menyerahkan selewat-lewatnya pada 21 Mac tahun tersebut senarai negara yang mana perjalanan harus digantung sebahagian atau sepenuhnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram