[VIDEO] Hilang lebih 6 bulan, pempengaruh 'Mama Boy Ox Zung' berdepan tuduhan gangguan seksual


  • Benua
  • Ahad, 24 Dis 2023

Seo Won Jeong yang terkenal dengan video 'content recreation' di TikTok kini dipercayai didakwa atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita. — Agensi

PEMPENGARUH media sosial Korea terkenal ditahan selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Seo Won Jeong, 27, atau lebih dikenali dengan 'Mama Boy Ox Zung' atau 'Mama Guy' itu mula terkenal selepas videonya dengan sebutan 'Mama' tular di TikTok.

Won Jeong yang mempunyai pengikut sebanyak 55.6 juta di TikTok juga menjadi bualan ramai selepas dia didapati tidak memuat naik sebarang video selama hampir dua bulan sebelum didakwa.

Dia dilaporkan secara tiba-tiba menyepi selepas memuat naik video terakhirnya pada 22 Julai lalu sekali gus menimbulkan tanda tanya kepada seluruh pengikut setianya.

Namun, terbaharu, pempengaruh itu dilaporkan telah ditahan polis dan didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya.

@ox_zung @원정맨 WonJeong #추천 #fyp #viral ♬ 오리지널 사운드 - 원정맨 WonJeong

Dia turut dilaporkan telah keluar minum bersama sebelum membawa mangsa ke rumah lelaki lain.

Selepas itu, wanita berkenaan dikatakan terus menghubungi pihak polis selepas mendengar bunyi rakaman dan mendakwa telah diperkosa oleh kedua-dua lelaki terbabit pada masa sama.

Dalam pada itu, media antarabangsa melaporkan bahawa Won Jeong enggan membuka pintu ketika pihak polis tiba pada waktu itu.

Bagaimanapun, Balai Polis Gangnam, Seoul, Korea dilaporkan sedang sudah menjalankan siasatan dan menyerahkan kes tersebut ke pihak pendakwaan.

"Bermula 15 Disember, Won Jeong boleh dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun jika didapati bersalah atas kesalahan tersebut.

"Tuduhan rakaman secara haram telah digugurkan kerana kekurangan bukti dalam telefon bimbitnya," kata polis, lapor SBS.

Sementara itu, Won Jeong dilaporkan mendakwa wanita itu melakukan hubungan dengannya secara sukarela.

Namun, kes tersebut juga dikatakan dibicarakan di mahkamah pada 17 Januari 2024 manakala sehingga kini, pihak pengurusan Won Jeong, SOONENT dilaporkan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram