
TULAR di media sosial tindakan seorang lelaki yang mengamuk dengan menghayun parang ke arah seorang wanita dalam kejadian yang berlaku di Desa Pematang Cengal Barat, Daerah Tanjung Pura, Indonesia pada Sabtu.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Langkat, Inspektor Polis Pertama Rajendra Kusuma berkata, kejadian berlaku ketika wanita itu datang ke rumah pelaku untuk mengutip ansuran hutang isterinya yang sudah tertunda selama seminggu.
Hal ini kerana, wanita itu merupakan seorang pekerja di koperasi pinjaman dan cuba menjalankan tanggungjawabnya untuk mengutip hutang.
PETUGAS MEKAR, DIANIAYA NASABAH SAAT MENAGIH HUTANG DI PEMATANG CENGAL BARAT. pic.twitter.com/sfH2jcPQvV
— ORANG INDONESIA (@INDONE51A) December 10, 2023
Namun, ketika sampai di lokasi, isterinya juga sudah seminggu meninggalkan rumah dan pelaku cuba meminta mangsa untuk mencari isterinya di rumah mentua.
"Disebabkan mangsa terus mempersoalkan isu pembayaran hutang isterinya, dia menjadi emosi dan timbul pertengkaran di antara kedua-dua mereka," kata polis.
Meskipun terjadinya pergaduhan, mangsa tetap cuba mengutip hutang yang mengakibatkan pelaku berasa jengkel sehingga bertindak mengambil parang.
"Pelaku kemudian menghampiri mangsa dan segera menetak parang ke arah motosikal mangsa," kata polis.
Selepas mangsa terjatuh, pelaku bertindak memukul pipi kanan mangsa dan dadanya.
Rajendra berkata, kejadian itu mengakibatkan pipi kanan mangsa bengkak selain sesak dada.
Mengulas lanjut, polis yang menerima maklumat daripada mangsa mengenai kejadian itu segera bertindak menahan pelaku.
Kini, pelaku telah ditahan beserta bukti untuk tindakan selanjutnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram