[VIDEO] 'Pelanggan' ajak bersembang sebelum lepas berdas-das tembakan


  • Benua
  • Ahad, 03 Dis 2023

Tangkap layar kejadian seorang pekerja kedai ditembak yang dipercayai terjadi di Filipina pada Jumaat.

SATU tragedi menimpa seorang pekerja kedai apabila dia ditembak berkali-kali selepas menerima kunjungan seorang pelanggan misteri pada Jumaat.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Filipina, insiden berkenaanu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup sebelum tular menerusi media sosial.

Rakaman menunjukkan, pada awalnya, seorang lelaki yang memakai topi berserta penutup muka datang ke kedai berkenaan sebagai pelanggan.

Pada masa itu, suspek melihat buku menu dan membuat pesanan minuman di kedai berkenaan.

Dalam pada itu, pekerja kedai berkenaan bertindak membancuh minuman yang dibuat selepas suspek membuat bayaran.

Secara tiba-tiba, suspek bertindak mengacukan pistol ke arah lelaki berkenaan ketika mangsa mengalihkan pandangan ke arah lain.

Turut dilihat, mangsa ditembak berkali-kali di tubuh badannya sehingga mangsa jatuh ke bawah kerana mengalami kesakitan.

Rakaman turut memaparkan mangsa berlumuran darah selepas insiden ngeri itu berlaku.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung kejadian itu dan punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram