BEBERAPA cebisan rangka mayat seorang wanita yang ditemui di bawah lantai sebuah rumah di Jawa Timur, Indonesia pada Selasa.
Penolong Ketua Polis Kota Biltar, Indonesia, Inspektor Samsul Anwar berkata, rangka mayat tersebut dikenal pasti sebagai isteri kepada pemilik asal kediaman tersebut, lapor agensi.
"Mangsa yang bernama Fitriani, 21, dilaporkan sudah tinggal di rumah tersebut selama beberapa tahun sejak berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai SH yang berumur 30 tahun.
"Bagaimanapun, rumah itu dikatakan telah dibeli oleh abang ipar SH dua bulan lalu.
"Manakala, Sugeng Riyadi, 46, yang menemui rangka tersebut ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah kelmarin (Sabtu)," katanya.
Dalam pada itu, rangka tersebut juga dilaporkan ditemui di dalam satu bilik yang terkunci ketika proses pengubah suaian rumah dilakukan.
Menurut ketua kejiranan, Sunaryo, penduduk tempatan juga berasa ada yang tidak kena kerana Fitri yang sudah lama tidak kelihatan di rumah tersebut.
Katanya, Fitri dan SH sebelum ini pernah membuka kedai kopi di kampung sebelah tetapi tidak lama kemudian, penduduk mendengar khabar bahawa pasangan itu sudah bercerai disebabkan lelaki lain.
Penduduk kampung menjelaskan bahawa, rumah itu diwariskan oleh ibu bapa SH sebelum mereka meninggal dunia.
Sementara itu, polis menganggarkan bahawa rangka manusia itu ditanam di lokasi kejadian lebih setahun lalu dan siasatan kes tersebut masih dijalankan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
