[VIDEO] Selamba parkir depan rumah, pencuri serba hitam larikan pasu, perabot di anjung rumah


  • Benua
  • Khamis, 16 Nov 2023

Tangkap layar kejadian seorang lelaki mencuri perabot di anjung rumah seorang wanita di Miami pada Khamis lalu.

SEORANG lelaki dipercayai mencuri perabot yang diletakkan di anjung rumah seorang wanita di Miami, Florida, Amerika Syarikat pada Khamis lepas.

Aksinya berjaya dirakam kamera litar tertutup yang dipasang berhampiran loceng pintu rumah mangsa, Aramairon Perez sebelum dia memuat naik rakaman tersebut di media sosial.

"Berlaku pukul 8.36 pagi di rumah saya, seorang yang tidak tahu malu merompak rumah saya.

"Saya kongsikan supaya pelaku sedar, awak tidak akan tenang," tulis Perez dalam bahasa Sepanyol menerusi media sosial.

Menerusi rakaman terbabit, seorang pencuri mengenakan pakaian serba hitam dan topi bola keranjang dengan tulisan 'Miami' bergegas membuka but kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Ford Expedition yang diparkir di hadapan rumah mangsa.

Selepas beberapa saat, dilihat pelaku mengambil kerusi rotan yang diletakkan di anjung lalu memasukkan ke dalam but kereta.

Turut dilihat, suspek juga mengambil pasu pokok hiasan.

Bagaimanapun, pelaku dilihat berjaya melarikan barangan perabot terbabit sebelum melarikan diri.

Namun, Jabatan Polis Miami, Amerika Syarikat belum dapat mengesan mengenai suspek berikut kejadian terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram