TULAR di media sosial aksi seorang penunggang motosikal mencuri tayar ganti kereta yang dipercayai berlaku di Cakung, Jakarta Timur, Indonesia.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki yang menaiki motosikal bertindak menghentikan motornya di belakang salah satu kereta di kawasan tersebut pada Ahad lalu.
Malah rakaman itu turut menunjukkan gelagat suspek meninjau keadaan sekeliling bagi memastikan tiada orang memerhatikan kegiatan mereka.
Setelah kawasan itu lengang, pelaku dengan pantas membuka tayar ganti kereta itu.
Dalam beberapa saat, dia berjaya mengeluarkan tayar ganti yang berada di bawah kereta itu tanpa dapat dikesan oleh mana-mana individu.
Mengulas lanjut, anak kepada pemilik kereta terbabit mendedahkan bapanya hanya menyedari kejadian itu semasa hendak menggunakan kereta.
Apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mereka terkejut apabila mengetahui tayar ganti kereta mereka telah dibuka oleh pelaku yang tidak dikenali pada Ahad lalu.
“Kami sangat terkejut dengan kejadian ini. Segala-galanya berlaku begitu pantas, dan kami berasa sangat tidak selamat.
“Semoga pelakunya dapat segera ditangkap dan memulangkan semula barang yang dicuri,” kata Roki, anak mangsa.
Kawasan Cakung, Jakarta Timur, Indonesia merupakan salah satu tempat yang sering terjadi masalah kecurian.
Sebelum ini, terdapat kes kecurian cermin dan ekzos kereta yang mengganggu penduduk setempat di kawasan yang sama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram