[VIDEO] Banjir di Israel tangguh operasi tentera darat ke Gaza


  • Benua
  • Isnin, 16 Okt 2023

Tangkap layar sebuah kereta ditenggelami air akibat hujan lebat yang melanda bandar Tel Aviv, Israel pada Ahad.

PENDUDUK bandar Tel Aviv, Israel berdepan detik sukar apabila dilanda hujan lebat yang sekali gus mengakibatkan banjir besar berlaku pada Ahad.

Cuaca buruk itu sekali gus memaksa pihak berkuasa Israel untuk menangguhkan operasi tentera darat yang sepatutnya digerakkan ke Semenanjung Gaza.

Perkongsian video di laman media memaparkan situasi banjir di kawasan berkenaan dan beberapa buah kereta ditenggelami air tinggi berhampiran bandar Tel Aviv dan Herzliya.

Justeru, serangan tersebut difahamkan terpaksa ditangguhkan selama beberapa hari susulan liputan awan tebal telah menyukarkan juruterbang dan pengendali dron Israel untuk melancarkan serangan udara ke Gaza.

Ia termasuk pasukan tentera kereta kebal serta pasukan khas yang dirancang dalam serangan tersebut.

Israel menekankan bahawa matlamat mereka pada kali ini adalah untuk menumbangkan tentera Hamas dan menyingkirkan pemimpinnya susulan serangan pejuang Islam itu ke atas wilayah haram Yahudi pada 7 Oktober lalu.

Pertempuran antara kedua-dua pihak itu setakat ini mengorbankan lebih 3,000 nyawa dengan kebanyakan mangsa merupakan penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan udara Israel. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram