[VIDEO] Wanita bergasak sampai lempar batu pecahkan cermin di stesen minyak


  • Benua
  • Selasa, 19 Sep 2023

Tangkap layar menunjukkan detik pergaduhan yang tercetus dipercayai berlaku di AS.

WARGANET digemparkan video tular kejadian pergaduhan melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki di tempat letak kenderaan sebuah stesen minyak yang dipercayai berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengenai tarikh sebenar insiden dan punca sebenar kejadian itu berlaku.

Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat yang tular di laman X (dulu dikenali sebagai Twitter) pada Isnin, kejadian itu memaparkan seorang wanita melemparkan batu besar dari belakang ke arah cermin kereta dipercayai jenis Honda berwarna merah sehingga menyebabkan cermin kereta itu pecah.

Dia dipercayai membalas dendam selepas cermin keretanya turut pecah seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

Hal itu mengundang kemarahan seorang perempuan yang dipercayai pemilik kereta terbabit sehingga menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dan menyepak seorang lelaki yang turut terlibat sama dalam kejadian.

Ekoran itu, aksi tumbuk-menumbuk berlaku antara satu sama lain yang menyebabkan kekacauan di tempat stesen minyak itu.

Kejadian pada mulanya dilihat hanya membabitkan tiga orang semakin parah ketika dua lagi individu masuk campur dan salah seorang dari mereka menggunakan batang besi semasa pergaduhan.

Bagaimanapun nasib kesemua yang terlibat dalam pergaduhan itu tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram