PENDUDUK di daerah Nashik, Maharashtra, India gempar selepas seorang individu diserang seekor harimau kumbang yang berkeliaran di kawsan tersebut.
Insiden berkenaan yang dipercayai berlaku pada malam Ahad itu turut dirakam menerusi beberapa video yang tular di sosial media.
Menerusi klip tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang berjalan kaki di sebuah jalan sebelum diterkam oleh haiwan tersebut yang datang dari arah sebelah kanannya.
Kelibat haiwan tersebut yang berkeliaran di sekitar daerah Nashik, Maharashtra, India.
Haiwan tersebut bagaimanapun terus meninggalkan mangsa sejurus selepas serangan tersebut dengan mangsa didapati terus terbaring di tepi jalan.
Pada waktu kejadian, jalan terbabit juga dilihat dilalui oleh beberapa kenderaan lain.
Leopard attacked pedestrian at nashik Gulmohar colony #nashik #leopardattack pic.twitter.com/KbBo5QM5Dt
— Preeti Sompura (@sompura_preeti) July 23, 2023
Susulan daripada insiden itu, media melaporkan, pihak berkuasa mengarahkan penduduk agar tidak keluar daripada kediaman masing-masing pada waktu malam.
Sementara itu, jabatan perhutanan pula dilaporkan sedang berusaha untuk menangkap haiwan tersebut yang dirakam masih berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram