Penduduk tanam pokok tutup jalan berlubang elak kemalangan


  • Benua
  • Khamis, 16 Feb 2023

Jalan raya tersebut kelihatan mempunyai beberapa batang pokok yang diletakkan untuk menutup jalan yang berlubang di Oslob, Cebu, Filipina. — Agensi

PENDUDUK sebuah pekan di Cebu, Filipina bertindak menanam pokok di tengah sebatang jalan raya yang berlubang kerana tidak tahan dengan keadaan laluan tersebut, lapor Coconuts baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa gambar yang tular di media sosial, jalan raya di Oslob itu kelihatan mempunyai beberapa batang pokok yang diletakkan untuk menutup jalan yang berlubang.

“Tanam pokok di Oslob,” demikian menurut keterangan pada Facebook Cebu Flash Report.

Hantaran tersebut mendapat perhatian orang ramai dengan ada yang menyifatkannya sebagai sesuatu perkara yang lucu.

“Ia dapat membantu mengelakkan kemalangan jalan raya,” kata seorang pengguna media sosial.

“Bayangkan bagaimana Cebu menjadi bandar raya hijau jika mereka menanam pokok di semua jalan berlubang,” kata seorang pengguna lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram